“ Nabi (SAW) Dah Ajar Kita Cara Terapi Jiwa “

Buku terbitan baharu daripada Fahd Resources Nabi ﷺ Dah Ajar Kita Cara Terapi Jiwa
Buku terbaharu tulisan Alfadhil Ust Shah Reza Kamarozaman Nabi ﷺ Dah Ajar Kita Cara Terapi Jiwa - Panduan Merawat Hati dan Jiwa! Buku ini mengandungi zikir-zikir harian daripada bangun tidur hingga kembali tidur.
Bahkan lebih daripada itu, penulis cuba penulisannya dalam buku ini untuk membimbing kita dalam setiap fasa kehidupan dengan amalan yang diajarkan Nabi ﷺ.
Sering kali kita mengucapkan zikir tanpa memahami maknanya, umpama burung Kakak Tua yang petah mengajuk kata.
Buku ini membuka rahsia di sebalik lafaz-lafaz zikir yang penuh makna, membantu kita menghayati setiap perkataan mulia itu dengan lebih mendalam.
Dalam setiap ujian hidup, kita harus memilih kedua-dua ini tanpa pilihan;
Sabar & syukur.
Tetapi bagaimana cara menghadirkan kedua-dua perasaan ini saat kita sedang asak diuji?
Jawapannya ada di dalam buku ini!
Jiwa perlu dijaga, Rasulullah ﷺ adalah gurunya.
Pelajari terapi jiwa yang diajarkan Baginda dan temukan ketenangan dalam kehidupan. Dapatkan segera dan rasai perubahan dalam diri anda! Jaga hati, rawat jiwa dan biarlah cara Rasulullah ﷺ yang membimbing kita dalam kita melakukan terapi jiwa yang sebenar. Dapatkan buku ini sekarang dan mulakan perjalanan menuju ketenangan!
Lagi sebab kenapa anda perlu memiliki buku ini:
• Kata pengantar & semakan oleh Prof Dr. Muhamad Rozaimi Ramle * Gold hot stamping, spot UV Hard cover * 263 mukasurat * Cetakan berwarna * Size yang praktikal dan sesuai dibawa kemana-mana * Panduan serta dalil bagi setiap amalan * Status hadis pada setiap dalil * Tulisan romanaze bagi setiap bacaan doa dan zikir اللهم بارك